Info Rokok

TABIAT MEROKOK: KESAN DAN AKIBATNYA

Pengenalan

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w.:

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang
keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang di sekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

- Lebih terdedah kepada kanser

- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah

- Mendapat jangkitan paru-paru

- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu

- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.


Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama

- Dapat menghindari racun

- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok

- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak

- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat

- Meningkatkan deria rasa dan bau

- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar

- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok

- Yakinkan diri

- Buat nota peringatan

- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"

- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif

- Dapatkan sokongan

- Lawan keinginan untuk merokok

- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai

- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok



Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok

01. Melengah-lengah

02. Minum banyak air

03. Menarik nafas panjang

04. Membuat sesuatu

05. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok

06. Mengunyah sesuatu

07. Membasuh tangan

08. Mandi dengan kerap

09. Melakukan senaman rengangan

10. Memohon doa

Firman Allah S.W.T. dalam surah ar-Ra'd ayat 11 bermaksud" "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
Memang agak sukar bagi mereka yang sudah menjadikan tabiat merokok sebagai salah satu gaya hidup untuk terus berhenti. Namun begitu jika ada keazaman dan kesungguhan impian untuk berhenti merokok pasti menjadi kenyataan. Bak kata pepatah melayu "Di Mana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan".

Informasi Mengenai Rokok

Ada yang berkata.. tak merokok pun boleh kena penyakit juga, boleh mati juga!

Ya, ada terlalu banyak sebab untuk mati dan kita juga boleh mati tanpa sebarang sebab. Sememangnya apa jua yang wujud di dunia ini akan berakhir, hanya Allah yang kekal. Tetapi adakah kita dijadikan untuk mati? TENTUNYA TIDAK!
Kita hanya diberikan sedikit masa di dunia ini. Dalam perjalanan hidup yang singkat ini kita ingin melakukan banyak perkara. Adakah merosakkan diri sendiri salah satu darinya?

Barah dan sakit jantung boleh menyerang semua. Bukan saja akibat merokok tetapi juga berpunca dari permakanan yg tidak seimbang. Walaubagaimanapun, seorang perokok lebih mudah diserang penyakit-penyakit tersebut. Ambil saja rakan saya sebagai contoh dimana beliau telah menghadapi masalah jantung pada usia 40 tahun, manakala seorang ahli keluarganya yang tidak merokok hanya mengalaminya pada usia 50 tahun. Ini bermakna, seorang perokok seperti beliau telah mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari yang tidak merokok. Kini telah lebih 7 bulan beliau berhenti merokok dan percayalah bahawa nikmatnya lebih tinggi dari menjadi penagih rokok.

Kenapa perlu berhenti merokok?
Tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia, kebanyakannya beracun.
Nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras. Karbon Monoxide menjadikan jantung anda bergerak lebih cepat dan mengambilalih oksigen dalam darah.
Tar didalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah.
Merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.Perokok mempunyai 70% risiko kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.


Di Malaysia, 4.6 juta rakyatnya adalah perokok. Perangkaan menunjukan kes sakit paru-paru di Malaysia bertambah 17% setahun dan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun. Adakah anda bakal seorang darinya?

MENGAPA WAJIB BERHENTI MEROKOK?

Cubalah berhenti merokok sekarang juga kerana:

Risiko serangan sakit jantung hanya berkurangan selepas setahun anda berhenti merokok.

Setelah 2 hingga 6 tahun berhenti merokok, risiko diserang sakit jantung anda berkurangan sama seperti anda tidak merokok

Jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM7.40 sehari, setahun anda boleh menjimatkan RM2701.00



Senarai ini boleh mendorong anda untuk tidak merokok.

o Hidup lebih lama.
o Mencegah penyakit.
o Kulit lebih sihat.
o Melindungi orang lain.
o Anak-anak lebih sihat.
o Menjadi teladan yang baik.
o Melindungi alam sekitar.
o Meningkatkan kecergasan.
o Meningkatkan deria rasa dan bau.
o Lebih cergas.
o Gigi lebih putih.
o Rambut dan pakaian tidak berbau.
o Kesuburan meningkat.
o Menjimatkan wang.

Penyakit berkaitan rokok

Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.

Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.

Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.

Ulser peptik dan gastritis.

Penyakit kulit seperti ekszema.

Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.

Penyakit tulang.

Rambut cepat beruban.

Kulit cepat berkedut.


Luka lambat sembuh.

Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki

Kesuburan berkurangan.

Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.

Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.


Merokok Membawa Penyakit

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit

o Kanser pundi kencing
o Kanser perut
o Kanser usus dan rahim
o Kanser mulut
o Kanser Esofagus
o Kanser tekak
o Kanser pankrias
o Kanser payudara
o Kanser paru-paru
o Penyakit saluran pernafasan kronik
o Strok
o Kereputan tulang (osteoporosis)
o Penyakit jantung
o Kemandulan
o Putus haid awal
o Melahirkan bayi yang cacat
o Keguguran bayi
o Mati pucuk
o Bronkitis
o Batuk
o Penyakit ulser peptik
o Emfisima
o Otot lemah
o Penyakit gusi
o Kerosakan mata

KEPADA SIAPA IA BERISIKO?

Merokok Secara Pasif

Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').

Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :

2 kali lebih banyak nikotin
5 kali lebih banyak karbon monoksida

50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
3 kali lebih banyak tar



Kesan-kesan Merokok Secara Pasif

o Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
o Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
o Sakit atau pedih mata
o Bersin dan batuk-batuk
o Sakit kerongkong
o Sakit kepala

Perokok Pasif dan Risiko Penyakit

Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit

o Penyakit jantung - 30%
o Kanser - 25%

Kesan Asap Rokok Pasif Kepada Ibu Hamil dan Janin Yang DiKandung

o Keguguran janin
o Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
o Kematian janin dalam kandungan
o Pendarahan dari uri (abruption placenta)
o Kurang berat badan - 20 hingga 30%

Kesan Asap Rokok Pasif Kepada Bayi

o Masalah dan penyakit pernafasan
o Perkembangan kecerdasan otot terjejas
o Jangkitan telinga
o Leukeamia
o Kanser otak 22%
o Lelah - meningkat simptom lelah
o Sindrom kematian secara mengejut

Rokok semakin mahal & setiap tahun sentiasa meningkat. Nah! Inilah masanya untuk anda berhenti merokok...


No posts.
No posts.